Auto-kira EPF, SOCSO, EIS & PCB. Hantar payslip terus ke email. Sedia untuk LHDN.
HR & Payroll software built for Malaysian SMEs — by accountants who know compliance.
Direka khas untuk PKS Malaysia. Tiada konfigurasi rumit.
EPF, SOCSO, EIS dan PCB dikira secara automatik mengikut kadar semasa. Sokongan kadar EPF 60 tahun ke atas.
CP39, EA Form, Form E+CP8D, CP22, CP22A, CP21 — semua dalam satu tempat. Auto-alert sebelum tarikh akhir.
Jana dan hantar payslip PDF terus ke email pekerja dengan satu klik. Rekod gaji tersimpan selama-lamanya.
Profil pekerja lengkap, rekod gaji, sejarah pekerjaan, pengesanan tamat tempoh percubaan dan maklumat berkanun.
Jangan terlepas tarikh hantar lagi. emsy akan hantar email peringatan untuk setiap kewajipan statutori.
Untuk akauntan dan firma perakaunan — urus kesemua syarikat klien dari satu papan pemuka tunggal.
emsy mengendalikan semua kewajipan pelaporan majikan kepada LHDN secara automatik. Tiada lagi terlepas tarikh akhir.
Mulai percuma. Batalkan bila-bila masa. Tiada caj tersembunyi.
Daftar percuma dalam 2 minit. Masukkan nombor SSM, maklumat EPF majikan, dan nombor LHDN syarikat anda.
Masukkan maklumat pekerja — IC, nombor EPF, SOCSO, bank. emsy akan auto-kesan kadar EPF berdasarkan umur dari nombor IC.
Klik "Jalankan payroll" — EPF, SOCSO, EIS, PCB dikira automatik. Luluskan dan hantar payslip PDF terus ke email pekerja.
Ya. Kadar statutori disimpan dalam sistem dan boleh dikemaskini oleh pentadbir melalui panel admin. emsy akan maklumkan anda setiap kali ada perubahan kadar (contoh: Bajet Oktober) supaya anda sentiasa menggunakan kadar yang betul.
Ya. Synco dan firma perakaunan yang lain boleh menggunakan Synco Master View untuk mengurus semua syarikat klien dari satu papan pemuka. Setiap syarikat mempunyai data berasingan dan selamat.
emsy mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 Malaysia termasuk pindaan 2024. Data disimpan dengan selamat di pelayan yang disulitkan. Setiap syarikat hanya boleh melihat data mereka sendiri.
Pelan Managed bermaksud pasukan Synco akan memproses gaji anda setiap bulan, menghantar semua borang LHDN, dan memastikan pematuhan penuh. Anda hanya perlu approve — semua kerja dibuat oleh kami.
Anda boleh batalkan langganan pada bila-bila masa melalui halaman Billing — tiada penalti, dan pelan anda kekal aktif sehingga tamat tempoh yang telah dibayar. Untuk bertukar pelan, batalkan langganan semasa dahulu, kemudian langgan pelan yang baharu. Kami sedang menyediakan cara yang lebih mudah untuk bertukar pelan; sementara itu hubungi kami di support@emsy.my dan kami uruskan untuk anda.
Bergabung bersama PKS Malaysia yang sudah menggunakan emsy. Percuma untuk 5 kakitangan pertama.